Rabu, 14 Oktober 2020

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

1. Pengenalan

Nama penuh saya ialah Irwi Binti Azhar. Boleh panggil saya Cikgu Irwi. Cikgu Irwi mengajar di kawasan Sandakan, Sabah. 

Mempunyai pengalaman bekerja dalam pelbagai industri seperti banking, pendidikan, minyak dan gas melebihi 10 tahun sebelum menjadi full time tutor atau cikgu tusyen. 

2. Cikgu Ajar Subjek Apa?

Mengajar secara one-to-one khas untuk pelajar Form 4 (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia & Biologi) & Form 1 (Matematik & Sains). Juga mengajar dalam kumpulan kecil maximum 5 orang. 


3. Lokasi Cikgu Mengajar?

Cikgu Irwi boleh datang ke rumah atau pejabat anda sekitar Sandakan untuk mengajar anak-anak anda! Mahu belajar semasa PKP? Cikgu Irwi ada kelas online!

Kalau sudah singgah blog cikgu, kasi tinggal komen la bah

Ikhlas, 

CIkgu Irwi


Irwi Jadi Cikgu?

1. Pengenalan

Saya bermula dalam kerjaya tutor atau juga dikenali sebagai cikgu tusyen pada Jan 2020. Memang baru berkecimpung dalam industri ini.

Saya menggunakan konsep one-to-one tutoring. Saya mengajar pelajar Tingkatan 4 subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi manakala untuk pelajar Tingkatan 1 pula, subjek Matematik dan Sains.

2. Interview kerja bertukar menjadi lubuk rezeki

Segalanya bermula apabila seorang pengusaha tusyen kelas bahasa telah merekomenkan saya kepada seorang ibu yang mencari kelas tusyen untuk dua orang anaknya. 

Bagaimana saya berjumpa dengan pengusaha tusyen tersebut? Saya sebenarnya ditemuduga oleh beliau untuk mengisi kekosongan jawatan cikgu bahasa di kelasnya namun saya tidak berjaya. Walaupun begitu, saya amat bersyukur diatas peluang & ruang yang diberikan. 
 
Saya sangat menghargai bagaimana pengusaha tusyen tersebut mahu melihat saya menjana pendapatan sendiri walaupun tidak bekerja dengan beliau. Saya ingat lagi kata-kata beliau "You have great academic results and working experiences". Saya doakan semoga beliau dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Alhamdulillah Ada Rezeki Mengajar

Setelah berbincang secara teliti dengan ibu tersebut, beliau akhirnya bersetuju untuk membenarkan saya mengajar anak-anaknya. Saya amat gementar semasa sesi komunikasi melalui whatsapp dengan ibu pelajar tersebut. Saya telah berkongsi sijil SPM, Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda untuk meyakinkan beliau bahawa saya ada ilmu dan kemampuan untuk mengajar. 
 
Saya juga telah memberitahu bahawa anak-anak beliau akan menjadi perintis dalam kerjaya tutor saya, mereka ini akan menjadi 'baby" saya sebagai tutor. Alhamdulillah setelah perbincangan beliau dan suami beliau, akhirnya bermulalah perjalanan kerjaya saya sebagai tutor.

4. Bermula dengan Apa yang Ada

Saya bermula dengan apa yang ada. Betapa pentingnya perkara ini iaitu BERMULA DENGAN APA YANG ADA
 
Never give up. No excuses. Avoid procrastination. Do it now. 
  • Tiada modal buat beli buku? Saya pergi ke Perpustakaan Wilayah Sandakan untuk mencari buku rujukan. Sudah ada modal baru pergi kedai beli buku.
  • Tiada tempat sesuai untuk mengajar? Saya pergi ke rumah pelajar tersebut. (Ibu tersebut mempelawa saya mengajar di ofis beliau sementara rumah mereka dalam proses renovation).
  • Saya juga ada meminjam dengan adik-beradik saya sementara menunggu mendapat gaji sendiri. Malu tapi ini keperluan yang penting.
Alhamdulillah banyak cabaran tapi semuanya dapat diatasi dengan izin Allah.

5. Perbaiki Hubungan dengan Allah

Di samping itu, perkara yang saya utamakan ialah memperbaiki hubungan dengan Allah. 
  • Banyakkan solat sunat seperti dhuha, tahajud dan witir.
  • Solat di awal waktu.
  • Membaca quran.
  • Baca surah-surah lazim setiap hari.
  • Buat amalan baca doa selepas solat 5waktu seperti baca Surah Taubah ayat 128-129 sebanyak 7x, ayat seribu dinar (ayat 2-3 Surah At-Talaq) sebanyak 3x dan
  • Terbaru ayat 7 ayat munjiyat sekali selepas subuh dan maghrib.
  • Selepas itu, saya memperbaiki pula hubungan dengan suami, anak dan juga ahli keluarga saya serta ahli keluarga suami.

6. Ujian PKP

Namun, ujian melanda lagi. Kita semua dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Semasa PKP bermula 18 Mac 20, pelbagai industri tidak boleh beroperasi. 
 
Begitu juga dengan kelas saya, tutoring telah diberhentikan sementara waktu. Kita telah diberitahu supaya #stayathome #staysafe dan #stayhealthy oleh kerajaan. Memang tiada langsung pendapatan pada masa ini. 
 
Keutamaan kepada kesihatan dan bebas daripada covid-19 adalah segalanya. 

7. Ujian lagi Hebat

Ujian lagi datang dimana telefon saya telah rosak (skrin gelap akibat anak saya telah jatuhkan telefon saya) sehari sebelum PKP (17Mac) dan ketika ini semua kedai tidak beroperasi. Setelah kedai dibenarkan beroperasi, saya pula tiada modal (telefon model samsung). 
 
Saya berfikir antara membeli telefon baru (model apa yang sesuai?) atau memperbaiki telefon lama (harga seperti membeli telefon baru dengan menambah duit sedikit).
 
Alhamdulillah seperti rezeki turun dari langit, saya mendapat hadiah telefon daripada adik bongsu saya. (Penantian menunggu mahu membeli atau memperbaiki telefon sampai tahap sudah automatik keluar semua group WhatsApp). 
 
Selepas itu juga, ibu pelajar tersebut juga mencari saya untuk memulakan tutoring semula.Alhamdulillah sudah nampak cahaya kembali.

8. All Out

Sepanjang kerjaya tutor, saya mengerah sepenuh tenaga dan fokus untuk memberikan yang terbaik untuk pelajar saya seperti:
  1. Mencari nota terbaik untuk setiap bab terutama subjek yang menghafal fakta seperti Sains dan Biologi-mencari melalui internet dan buku rujukan.
  2. Membuat mind map atau nota ringkas bagi setiap bab untuk pelajar.
  3. Mencari dan membeli buku rujukan/latihan terbaik-Perpustakaan Wilayah Sandakan dan Popular Bookstore di Harbour Mall menjadi rumah kedua saya.
  4. Saya mengikuti persatuan tutor iaitu Tution Teachers Society (TTS) untuk networking, mendapatkan ilmu, mencari mentor dan mengikuti perkembangan semasa pendidikan di Malaysia. Terbaru saya mengikuti program Tutor Bantu Tutor (TBT).
  5. Meneliti kelebihan dan kekurangan pelajar untuk memperbaiki ilmu pelajar tersebut-ini saya melihat perkembangan pelajar tersebut semasa mengajar dan menambah latihan untuk bahagian yang lemah.
Saya masih lagi sentiasa belajar, sentiasa memperbaiki cara mengajar,berkongsi dan menyampaikan ilmu.

9. Perancangan masa depan?

  1. Memulakan kelas online pada Oct 2020 untuk final year exam subjek Matematik Tingkatan 4. (terpaksa ditangguh untuk plan akan datang)
  2. Mendaftarkan perniagaan.
  3. Membuat group tutoring max 5orang.
  4. Membuat marketing lagi hebat-online & offline.
  5. Bekerjasama dgn tutor lain utk program SPM.
  6. Menimba ilmu dalam cara pengajaran yang effektif.
InsyaAllah doakan yang terbaik untuk saya, Cikgu Irwi dan doakan yang terbaik kita semua.

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! 1. Pengenalan Nama penuh saya ialah Irwi Binti Azhar. Boleh panggil saya Cikgu Irwi. Cikgu Irwi menga...